CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 3, 2009

Sekadar Memerhati dan Mentafsir Sendiri....




Menyusun kasut, menyusun kerusi, menyusun fail, membuang sampah, membasuh pinggan, membasuh cawan, menyapu sampah, menyusun bantal, mengelap cermin, menyusun buku, mengemas meja SUA,mengemas dewan, menyusun meja, mungkin sudah tidak popular dan mungkin sudah tidak termasuk di dalam kamus aktivisme.
Mungkin sesetengah pihak mudah atau senang dengan program membantu mangsa banjir,membantu mangsa gempa di negara seberang atau mungkin lebih jauh dari itu. Mungkin membantu mangsa bencana alam atau program-program yang besar lebih di utamakan dalam kamus aktivisme. Adakah telahan ini benar?. Kita mungkin terlalu terkejar-kejarkan perkara yang besar sedangkan kita lupa pada perkara-perkara yang tidak popular.


Mungkin juga membuat kerja seperti menyusun kasut, menyusun kerusi, menyusun fail, membuang sampah, membasuh pinggan, membasuh cawan, menyapu sampah, menyusun bantal, mengelap cermin, menyusun buku, mengemas meja, mengemas dewan, menyusun meja menjatuhkan martabat kepimpinan. Mungkin datang mesyuarat, berjabat-jabat tangan dan bersapa mesra dengan senior-senior mengangkat izzah kepimpinan. Mungkin…?Mungkihkah?
Prof.Syed Hussein Nasr ada menyatakan“Sesiapa yang belum pernah tersentuh hatinya oleh keagungan ayat-ayat suci Al-Quran dan teladan unggul Nabi Muhamad SAW ,tidak akan mampu menggegar dunia”

Apakah yang membawa keunggulan didalam kepimpinan?. Tidak lain ialah teladan atau qudwah yang terbaik. Sebagai pemimpin di dalam Islam. Tidak lain suri atau contoh teladan kita yang terbaik selain Rasullah SAW. Mari kita menghimbau kembali kerja Rasullah SAW ketika baginda menjadi pemimpin agung umat. Jelas baginda bersama-sama menahan lapar dan dahaga bersama pengikutnya, bersama megesat peluh dan darah bersama pengikutnya, bersama pengikutnya baginda menahan lapar dan dahaga dan selalu dan sentiasanya baginda mengutamakan pengikutnya kepada pengikutnya.
Jelas kepimpinan di dalam Islam bukanlah tempelan atau komestik semata-mata. Insan yang tidak berjiwa insani tiadak akan mampu membuat sebagaimana baginda nabi. Membuat kerja-kerja yang tidak popular.
Prof.HAMKA di dalam bukunya “Kenang-kenangan hidup” ketika memetik kata-kata pujangga arab beliau menyatakan.“Tiada terpelihara kehormatan diri kehormatan yang tinggi daripada penderitaan, sehingga mengalir darah dari tiap-tiap bahagian tubuhnya”

Dari itu, usah kita di buai mimpi bahawa kepimpinan itu terlingkung dengan segala kesenangan dan nikmat. Kita harus kikis sikap ini. Kita ini bekerja untuk umat. Usah kita terlalu berempuk di kerusi malas. Usah kita mengimpikan kenikmatan dalam satu perjuangan.
Sekali lagi mari kita mengimbau sejarah baginda yang dirindui. Aktivisme dan Idealisme baginda besar sekali. Menegakkan kalimah Allah di setiap ceruk muka bumi ini. Dan baginda juga tidak malu untuk membuat aktiviti-aktiviti yang tidak popular(mungkin). Bersama dengan umat baginda menggali parit ketika perang khandak, bersama-sama hijrah merentas panas sahara dan baginda bersama-sama umat menahan lapar ketiak di pulau.
Sedangkan kita…menyusun kembali dewan dan kerusi selepas bermesyuarat pun dipandang hanya sebelah mata. Membuang sampah dan memastika segalanya seperti sedia-kala apatah lagi.
Berjemaah adalah ikatan mati yang berteras aqidah dan mahabah Islamiyah. Mana mungkin kita biasa mengaku pejuangan agama sekiranya kita tidak mengendahkan kekuatan jemaah. Susah benarkah kita menyusun kerusi? Tidak popular sangatkah?. Malu sangatkah?.Jemaah kita adalah keluarga kita, keluarga kita adalah rumah kita.
Tidakkah kita sayang pada keluarga kita. Susah benarkah kita nak memastikan setiap kali habis program semua peralatan dewan mesyuarat atau program apa sahaja tersusun kembali? Sampah-sampah sudah dibuang?. Tidakkah kita tergerak hati nak buat semua ini.
Sekiranya semua bersikap begini, memikirkan … “ Ahh, tak mengapa …kejap lagi adalah orang buat ….”Seandainya aktivisme kecil ini tidak mampu buat…kita boleh persoalkan aktivisme besarnya sejauh mana keberkesananya. Sekiranya kita semua fakir begini…akhirnya runtuhlah organisasi.Sedikit lama-lama tak jadi bukit…runtuh.K.H Abdullah Gymnastiar menyebut bahawa untuk membina krdebilati kepimpinan ialah bermula dengan pengurusan hati dengan baik. Soalnya hati…dan soalnya sikap. Kita perlu memimpin dengan hati dan kita perlu memimpin dengan jujur. Adakah sanggup kita berkata dengan sesuatu yang tidak kita berbuat.Aktivisme bermula dari perkara yang kecil merangkumperkara yang besar. Aktivisme didalam Islam ialah berberbuat dengan hati dan keikhlasan itu rahsia hati. Usah kita memilih di dalam aktivisme.
Dengan izin Allah SWT, meyusun kerusi untuk program nanti kita akan mampu menyusun gerakan yang lebih besar. Kesemua ini telah di perlihat kepada baginda Rasullah SAW. Ketika kecilnya baginda di didik Allah SWT dengan mengembala kambing dan akhir hayat bagina, baginda adalah pemimpin terulung. Baginda tidak memimpin dan memndidik umat dengan kemegahan.
Tetapi baginda mendidik pengikut dengan penuh sifat “humble” atau sifat rendah diri dan dihiasi akhlak yang mulia. Ketika akhir hayat baginda, apa yang baginda ada?...
Inilah pedoaman kita di dalam memipin. Amat benarlah dengan pepatah. Kepimpinan melalui teladan.Tidak rendah nilai untuk Menyusun kasut, menyusun kerusi, menyusun fail, membuang sampah, membasuh pinggan, membasuh cawan, menyapu sampah, menyusun bantal, mengelap cermin, menyusun buku, mengemas meja, mengemas dewan, menyusun meja. Tidak jatuh kehormatan kita. Keranan ini semualah, latihan kepada kita sebelum kita dapat menyusun dunia.......
Walaupun diri ini bukanlah familiar dengan saff kepimpinan, namun gelagat “mereka-mereka” itu sudah cukup membuatkan diri ini menilai sendiri…dan rasanya tak salah kalau kita menyusun kembali kerusi dan meja yang kita sendiri gunakan, kan.....????

0 comments: