CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 4, 2009

Mungkin Kita Terlupa Agaknya.....

Ketika kecil…
Segala-galanya bergantung kepada ibubapa….
Hendak berjalan, ibu yang pimpinkan tangan…
Hendak mainan, ayah yang belikan….
Rasa nak makan…mak yang suapkan……
Nak apa-apa pasti ditunaikan.…
Just cakap..
“Mak…saya nak….
“Ayah….nanti belikan…..
Kita hanya ketawa gembira….
Kaulah raut hatiku….
Mak ayah hanya menurut sahaja….
“Iyalah……..”
Itu kata mereka…
Kerana itulah harta mereka yang paling berharga….
Mungkin kita sudah lupa agaknya…
Maklumlah usia sudah menginjak dewasa….
Bila masuk sekolah……
Mak ayah yang pergi daftarkan….
Nak masuk kelas, mak yang temankan……
Bila takut ditinggalkan…
Mak tuggu kat luar kelas sambil mengintai di celah-delah tingkap…..
Hatinya seorang ibu begitu gembira…
Kerana anaknya itu, insyallah akan jadi orang yang berjaya…..
Mungkin kita sudah lupa agaknya…
Yalah sebab dah dapat ramai teman….
Buat apa mak sibuk-sibuk nak temankan..???
Malulah….nanti orang cakap “anak mak”
Mak ayah hanya mengiyakan sahaja….
Alhamdulillah…anak mereka pandai berdikari rupanya……
Bila nak ambik exam…..
Belajar separuh gila…
Mak ayah tak diendahkannya….
Yang penting result power……
Alah…
Mak dengan ayah mana tahu…
Betapa susahnya saya belajar nak skor…..
Mak ayah tahu kat rumah jea…..
Hal ehwal dapur, mak pakarlah….
Ayah…bab-bab kerja bolehlah…..
Hal belajar…
Zaman mak ayah belajar tak sama dengan zaman saya belajar…
Lain….
Mungkin kita lupa agaknya….
Siang malam mak ayah berdoa…..
Ya ALLAH…berikan anakku kejayaan….
Mungkin zaman mereka dengan zaman kita lain…
Memang betul lain…..
Tapi mereka tetap tahu….
Kerana naluri mereka…
Kerana itu adalah anak mereka…….
Walaupun mereka tak pandai menekan computer…..
Bila nak masuk university…..
Gembira mak ayah tak terkata…
Kita apatah lagi, terloncat gembira…..
Kawan-kawan pun sama…..
Bersiap bergaya…mak ayah kita….
Senyum di bibir usah dikata…
Yalah… anak jadi orang Berjaya…
Betapa cerianya raut wajah mereka….
Saat kaki melangkah masuk ke university kita……
Tapi kenapa kita….????
“Mak, janganlah tunjuk-tunjuk tangan macam tu..malulah kat orang…
Kita mula menegur….
Apa taknya, hati ibu begitu kagum melihat betapa besarnya tempat anaknya itu belajar….
“Ayah,kenapa baju ayah berkedut sangat……????
Nanti apa pulak orang kata…..
Saat itu wajah kita masam mencuka….
Hish…buat malu aje…..
Mungkin kita terlupa agaknya…..
Kita sendiri yang kata…
Zaman mak ayah kita tak sama dengan zaman kita…
Sebab itu mereka teruja….
Melihat tempat belajar yang nampak hebat belaka….
Bila dah kerja…….
Mak ayah….saya yang jaga….
Sekarang turn saya nak balas jasa……
Kembang berbunga hati mak ayah kita…..
Mendengar butir bicara anak mereka…..
Syukur ya ALLAH….
Anak aku ni tahu berbudi rupanya….
Tapi jangan pula kita salah sangka….
Yang mak ayah kita tak ikhlas membela kita….
Namun..
Mungkin kita terlupa agaknya….
Yalah…bila dah masuk kerja…
Sibuk memanjang jea….
Takde masa nak Tanya khabar berita….
Setakat hantar duit jea….
Mak ayah hanya mampu memendam rasa….
Terpendam rindu hendak menatap wajah anak mereka….
Buat apalah wang berjuta…..
Kalau kasih sayang entah ke mana….???
Bila nak kahwin….
Betapa cerianya muka….
Yalah..sebab dah jumpa pasangan yang sehati sejiwa…
Tapi, mak ayah tetap menjadi keutamaan saya….
Mak ayah menumpang bahagia…
Anak mereka nak membina keluarga….
“Tak lama lagi..bercuculah kita….”
Mak ayah mula memasang cita-cita…
Dan saat itu kita hanya tersenyum ketawa…
Tak sabar rasanya…..
Mungkin kita terlupa agaknya……
Bila dah kahwin..
Hanya “dia” di mata…
Mak ayah entah tercampak ke mana….
Sekali-sekala baru nampak muka…..
Bertanya khabar mak ayah yang jauh di mata……
Takpe…
Mak ayah faham….
Anak kami ni dah kahwin….
Keluarga yang kena diutamakan…..
Kami ni takpe…
Janji sihat dapat makan…
Dan melakukan ibadat sebagai bekalan………
Anak kami ni dah tunaikan apa yang kami doakan….
Sebelum kami berkain kapan…..
Dan saat itu kita tersenyum kebanggaan….
Namun……
Di saat mak ayah menutup mata ……
Mengapa kesedihan kita menggila…..???
Ohhhh….
Mungkin kita terlupa agaknya….
Bahawa itukan memang destinasi azali seorang manusia…..?
Kita pun pasti kan menyusul mereka……
Tak……!!!!!
Kenapa hati dan perasaan kita menjerit…..??
Kalau bukan sebab itu…
Sebab apa….?????
Kerana…..
Kita baru teringat…..
Bahawa selama ini banyak sekali kita terlupa…..
Betapa kita banyak menyusahkan mereka…
Walaupun mereka menidakkanya…
Betapa selama ini kita banyak melukakan hati mereka…
Walaupun muka mereka sentiasa ceria….
Betapa selama ini kita terlalu mengabaikan mereka….
Walaupun mereka kata baik-baik sahaja…..
Betapa selama ini…..
Ahhh…
Begitu banyak sekali hal yang kita ingatkan……
Sebab kita tidak lagi terlupa….
Di saat…
Ibubapa kita kembali….
Mengadap ALLAH yang Esa…….

Barulah terasa menyesalnya kita......

1 comments:

..~..WaN PeNaNG..~.. said...

Ya Allah,

Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan Kau peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak aku kecil dulu...