CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 4, 2009

Mungkin Kita Terlupa Agaknya.....

Ketika kecil…
Segala-galanya bergantung kepada ibubapa….
Hendak berjalan, ibu yang pimpinkan tangan…
Hendak mainan, ayah yang belikan….
Rasa nak makan…mak yang suapkan……
Nak apa-apa pasti ditunaikan.…
Just cakap..
“Mak…saya nak….
“Ayah….nanti belikan…..
Kita hanya ketawa gembira….
Kaulah raut hatiku….
Mak ayah hanya menurut sahaja….
“Iyalah……..”
Itu kata mereka…
Kerana itulah harta mereka yang paling berharga….
Mungkin kita sudah lupa agaknya…
Maklumlah usia sudah menginjak dewasa….
Bila masuk sekolah……
Mak ayah yang pergi daftarkan….
Nak masuk kelas, mak yang temankan……
Bila takut ditinggalkan…
Mak tuggu kat luar kelas sambil mengintai di celah-delah tingkap…..
Hatinya seorang ibu begitu gembira…
Kerana anaknya itu, insyallah akan jadi orang yang berjaya…..
Mungkin kita sudah lupa agaknya…
Yalah sebab dah dapat ramai teman….
Buat apa mak sibuk-sibuk nak temankan..???
Malulah….nanti orang cakap “anak mak”
Mak ayah hanya mengiyakan sahaja….
Alhamdulillah…anak mereka pandai berdikari rupanya……
Bila nak ambik exam…..
Belajar separuh gila…
Mak ayah tak diendahkannya….
Yang penting result power……
Alah…
Mak dengan ayah mana tahu…
Betapa susahnya saya belajar nak skor…..
Mak ayah tahu kat rumah jea…..
Hal ehwal dapur, mak pakarlah….
Ayah…bab-bab kerja bolehlah…..
Hal belajar…
Zaman mak ayah belajar tak sama dengan zaman saya belajar…
Lain….
Mungkin kita lupa agaknya….
Siang malam mak ayah berdoa…..
Ya ALLAH…berikan anakku kejayaan….
Mungkin zaman mereka dengan zaman kita lain…
Memang betul lain…..
Tapi mereka tetap tahu….
Kerana naluri mereka…
Kerana itu adalah anak mereka…….
Walaupun mereka tak pandai menekan computer…..
Bila nak masuk university…..
Gembira mak ayah tak terkata…
Kita apatah lagi, terloncat gembira…..
Kawan-kawan pun sama…..
Bersiap bergaya…mak ayah kita….
Senyum di bibir usah dikata…
Yalah… anak jadi orang Berjaya…
Betapa cerianya raut wajah mereka….
Saat kaki melangkah masuk ke university kita……
Tapi kenapa kita….????
“Mak, janganlah tunjuk-tunjuk tangan macam tu..malulah kat orang…
Kita mula menegur….
Apa taknya, hati ibu begitu kagum melihat betapa besarnya tempat anaknya itu belajar….
“Ayah,kenapa baju ayah berkedut sangat……????
Nanti apa pulak orang kata…..
Saat itu wajah kita masam mencuka….
Hish…buat malu aje…..
Mungkin kita terlupa agaknya…..
Kita sendiri yang kata…
Zaman mak ayah kita tak sama dengan zaman kita…
Sebab itu mereka teruja….
Melihat tempat belajar yang nampak hebat belaka….
Bila dah kerja…….
Mak ayah….saya yang jaga….
Sekarang turn saya nak balas jasa……
Kembang berbunga hati mak ayah kita…..
Mendengar butir bicara anak mereka…..
Syukur ya ALLAH….
Anak aku ni tahu berbudi rupanya….
Tapi jangan pula kita salah sangka….
Yang mak ayah kita tak ikhlas membela kita….
Namun..
Mungkin kita terlupa agaknya….
Yalah…bila dah masuk kerja…
Sibuk memanjang jea….
Takde masa nak Tanya khabar berita….
Setakat hantar duit jea….
Mak ayah hanya mampu memendam rasa….
Terpendam rindu hendak menatap wajah anak mereka….
Buat apalah wang berjuta…..
Kalau kasih sayang entah ke mana….???
Bila nak kahwin….
Betapa cerianya muka….
Yalah..sebab dah jumpa pasangan yang sehati sejiwa…
Tapi, mak ayah tetap menjadi keutamaan saya….
Mak ayah menumpang bahagia…
Anak mereka nak membina keluarga….
“Tak lama lagi..bercuculah kita….”
Mak ayah mula memasang cita-cita…
Dan saat itu kita hanya tersenyum ketawa…
Tak sabar rasanya…..
Mungkin kita terlupa agaknya……
Bila dah kahwin..
Hanya “dia” di mata…
Mak ayah entah tercampak ke mana….
Sekali-sekala baru nampak muka…..
Bertanya khabar mak ayah yang jauh di mata……
Takpe…
Mak ayah faham….
Anak kami ni dah kahwin….
Keluarga yang kena diutamakan…..
Kami ni takpe…
Janji sihat dapat makan…
Dan melakukan ibadat sebagai bekalan………
Anak kami ni dah tunaikan apa yang kami doakan….
Sebelum kami berkain kapan…..
Dan saat itu kita tersenyum kebanggaan….
Namun……
Di saat mak ayah menutup mata ……
Mengapa kesedihan kita menggila…..???
Ohhhh….
Mungkin kita terlupa agaknya….
Bahawa itukan memang destinasi azali seorang manusia…..?
Kita pun pasti kan menyusul mereka……
Tak……!!!!!
Kenapa hati dan perasaan kita menjerit…..??
Kalau bukan sebab itu…
Sebab apa….?????
Kerana…..
Kita baru teringat…..
Bahawa selama ini banyak sekali kita terlupa…..
Betapa kita banyak menyusahkan mereka…
Walaupun mereka menidakkanya…
Betapa selama ini kita banyak melukakan hati mereka…
Walaupun muka mereka sentiasa ceria….
Betapa selama ini kita terlalu mengabaikan mereka….
Walaupun mereka kata baik-baik sahaja…..
Betapa selama ini…..
Ahhh…
Begitu banyak sekali hal yang kita ingatkan……
Sebab kita tidak lagi terlupa….
Di saat…
Ibubapa kita kembali….
Mengadap ALLAH yang Esa…….

Barulah terasa menyesalnya kita......

Tuesday, February 3, 2009

Sekadar Memerhati dan Mentafsir Sendiri....




Menyusun kasut, menyusun kerusi, menyusun fail, membuang sampah, membasuh pinggan, membasuh cawan, menyapu sampah, menyusun bantal, mengelap cermin, menyusun buku, mengemas meja SUA,mengemas dewan, menyusun meja, mungkin sudah tidak popular dan mungkin sudah tidak termasuk di dalam kamus aktivisme.
Mungkin sesetengah pihak mudah atau senang dengan program membantu mangsa banjir,membantu mangsa gempa di negara seberang atau mungkin lebih jauh dari itu. Mungkin membantu mangsa bencana alam atau program-program yang besar lebih di utamakan dalam kamus aktivisme. Adakah telahan ini benar?. Kita mungkin terlalu terkejar-kejarkan perkara yang besar sedangkan kita lupa pada perkara-perkara yang tidak popular.


Mungkin juga membuat kerja seperti menyusun kasut, menyusun kerusi, menyusun fail, membuang sampah, membasuh pinggan, membasuh cawan, menyapu sampah, menyusun bantal, mengelap cermin, menyusun buku, mengemas meja, mengemas dewan, menyusun meja menjatuhkan martabat kepimpinan. Mungkin datang mesyuarat, berjabat-jabat tangan dan bersapa mesra dengan senior-senior mengangkat izzah kepimpinan. Mungkin…?Mungkihkah?
Prof.Syed Hussein Nasr ada menyatakan“Sesiapa yang belum pernah tersentuh hatinya oleh keagungan ayat-ayat suci Al-Quran dan teladan unggul Nabi Muhamad SAW ,tidak akan mampu menggegar dunia”

Apakah yang membawa keunggulan didalam kepimpinan?. Tidak lain ialah teladan atau qudwah yang terbaik. Sebagai pemimpin di dalam Islam. Tidak lain suri atau contoh teladan kita yang terbaik selain Rasullah SAW. Mari kita menghimbau kembali kerja Rasullah SAW ketika baginda menjadi pemimpin agung umat. Jelas baginda bersama-sama menahan lapar dan dahaga bersama pengikutnya, bersama megesat peluh dan darah bersama pengikutnya, bersama pengikutnya baginda menahan lapar dan dahaga dan selalu dan sentiasanya baginda mengutamakan pengikutnya kepada pengikutnya.
Jelas kepimpinan di dalam Islam bukanlah tempelan atau komestik semata-mata. Insan yang tidak berjiwa insani tiadak akan mampu membuat sebagaimana baginda nabi. Membuat kerja-kerja yang tidak popular.
Prof.HAMKA di dalam bukunya “Kenang-kenangan hidup” ketika memetik kata-kata pujangga arab beliau menyatakan.“Tiada terpelihara kehormatan diri kehormatan yang tinggi daripada penderitaan, sehingga mengalir darah dari tiap-tiap bahagian tubuhnya”

Dari itu, usah kita di buai mimpi bahawa kepimpinan itu terlingkung dengan segala kesenangan dan nikmat. Kita harus kikis sikap ini. Kita ini bekerja untuk umat. Usah kita terlalu berempuk di kerusi malas. Usah kita mengimpikan kenikmatan dalam satu perjuangan.
Sekali lagi mari kita mengimbau sejarah baginda yang dirindui. Aktivisme dan Idealisme baginda besar sekali. Menegakkan kalimah Allah di setiap ceruk muka bumi ini. Dan baginda juga tidak malu untuk membuat aktiviti-aktiviti yang tidak popular(mungkin). Bersama dengan umat baginda menggali parit ketika perang khandak, bersama-sama hijrah merentas panas sahara dan baginda bersama-sama umat menahan lapar ketiak di pulau.
Sedangkan kita…menyusun kembali dewan dan kerusi selepas bermesyuarat pun dipandang hanya sebelah mata. Membuang sampah dan memastika segalanya seperti sedia-kala apatah lagi.
Berjemaah adalah ikatan mati yang berteras aqidah dan mahabah Islamiyah. Mana mungkin kita biasa mengaku pejuangan agama sekiranya kita tidak mengendahkan kekuatan jemaah. Susah benarkah kita menyusun kerusi? Tidak popular sangatkah?. Malu sangatkah?.Jemaah kita adalah keluarga kita, keluarga kita adalah rumah kita.
Tidakkah kita sayang pada keluarga kita. Susah benarkah kita nak memastikan setiap kali habis program semua peralatan dewan mesyuarat atau program apa sahaja tersusun kembali? Sampah-sampah sudah dibuang?. Tidakkah kita tergerak hati nak buat semua ini.
Sekiranya semua bersikap begini, memikirkan … “ Ahh, tak mengapa …kejap lagi adalah orang buat ….”Seandainya aktivisme kecil ini tidak mampu buat…kita boleh persoalkan aktivisme besarnya sejauh mana keberkesananya. Sekiranya kita semua fakir begini…akhirnya runtuhlah organisasi.Sedikit lama-lama tak jadi bukit…runtuh.K.H Abdullah Gymnastiar menyebut bahawa untuk membina krdebilati kepimpinan ialah bermula dengan pengurusan hati dengan baik. Soalnya hati…dan soalnya sikap. Kita perlu memimpin dengan hati dan kita perlu memimpin dengan jujur. Adakah sanggup kita berkata dengan sesuatu yang tidak kita berbuat.Aktivisme bermula dari perkara yang kecil merangkumperkara yang besar. Aktivisme didalam Islam ialah berberbuat dengan hati dan keikhlasan itu rahsia hati. Usah kita memilih di dalam aktivisme.
Dengan izin Allah SWT, meyusun kerusi untuk program nanti kita akan mampu menyusun gerakan yang lebih besar. Kesemua ini telah di perlihat kepada baginda Rasullah SAW. Ketika kecilnya baginda di didik Allah SWT dengan mengembala kambing dan akhir hayat bagina, baginda adalah pemimpin terulung. Baginda tidak memimpin dan memndidik umat dengan kemegahan.
Tetapi baginda mendidik pengikut dengan penuh sifat “humble” atau sifat rendah diri dan dihiasi akhlak yang mulia. Ketika akhir hayat baginda, apa yang baginda ada?...
Inilah pedoaman kita di dalam memipin. Amat benarlah dengan pepatah. Kepimpinan melalui teladan.Tidak rendah nilai untuk Menyusun kasut, menyusun kerusi, menyusun fail, membuang sampah, membasuh pinggan, membasuh cawan, menyapu sampah, menyusun bantal, mengelap cermin, menyusun buku, mengemas meja, mengemas dewan, menyusun meja. Tidak jatuh kehormatan kita. Keranan ini semualah, latihan kepada kita sebelum kita dapat menyusun dunia.......
Walaupun diri ini bukanlah familiar dengan saff kepimpinan, namun gelagat “mereka-mereka” itu sudah cukup membuatkan diri ini menilai sendiri…dan rasanya tak salah kalau kita menyusun kembali kerusi dan meja yang kita sendiri gunakan, kan.....????

Monday, February 2, 2009

CUKUPKAH SEKADAR INI...???!!!!!

BOIKOT ISRAEL..!!! BOIKOT BARANGAN ISRAEL...!!!!! BOIKOT APA SAJA YANG ADA KAITAN DENGAN ISRAEL...!!!!!!
Tapi pernahkan kita terfikir di fikiran walaupun sekadar sepintas lalu..adakah cukup dengan sekadar boikot sahaja....?????!!!! Cukup sekadar kita boikot barangan buatan Israel selama 6 bulan..kemudian, selepas itu kita bersuka ria dengan kawan-kawan atau keluarga sambil menikmati keenakan ayam KFC...!!!!!!
Lihat..betapa kejamnya makhluk di bumi ini yang bernama ISRAEL LAKNATULLAH...!!!!!! Disebabkan mereka anak-anak kecil menjadi yatim piatu
Disebabkan mereka para wanita menjadi janda
Disebabkan mereka para suami menjadi duda.
Disebabkan mereka, ibubapa kehilangan anak-anak mereka
.
Disebabkan mereka sebuah negara porak peranda
Disebabkan mereka pentadbiran dunia bagaikan dilanda garuda.
Disebabkan mereka para pemimpin dunia mula pening kepala
Disebabkan mereka......
Ah..betapa banyaknya angkara yang telah diciptakan oleh bangsa Laknatullah itu.
Memang sejak dahulu lagi, menduduki Palestin dan menubuhkan negara Israel menjadi matalamat utama mereka!
Alasannya..???? mKerana mereka terlalu taksub dan berpegang bahawa mereka adalah bangsa pilihan Tuhan...!!!!!
Bangsa pilihan Tuhan??? Memang betul, Allah s.w.t. ada menjelaskan di dalam al-Quran yang kaum Bani Israel adalah bangsa pilihan tetapi selagi mana mereka tidak melanggar segala perintah Allah s.w.t.
Namun Bangsa Israel adalah satu kaum yang sangat angkuh dan sombong....!!!!!!
Mana mungkin mereka menjadi "bangsa pilihan" sedangkan perangai dan sikap mereka langsung "tidak terpilih" dalam senarai atau ciri-ciri "bangsa pilihan" sebagaimana yang telah disebut oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran al-Karim....
Itulah ISRAEL...bangsa yang angkuh dengan kehebatan mereka sendiri....
dan kerana angkara ISRAEL......
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikan maruah oleh janji-janj
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Semuanya kerana ISRAEL...dan disebabkan semua itu, fikir-fikirkanlah, adakah cukup sekadar kita mengata dan mengutuk sahaja manusia "keparat" itu atau............

KONSERT DIMENSI KESENIAN ISLAM ( DKI II )

menampilkan artis nasyid seperti:
INTEAM
FAR EAST
NICE
DEVOTEES

Harga tiket: RM6 sahaja
Bersama kita menjayakan konsert ini.
...Berhibur sambil beramal...
"Untukmu Palestin"

MENTARI MASIH MEMANCAR....


Kala subuh telah bersinar
Daku datang untuk berdoa
Kala sang suria bersinar memancar Daku datang sujud dan memuja
Hidupku pasrah kepada Mu
Ibadahku hanya untuk Mu
Ku sebut nama Mu Allahhu Akbar
Ku harap pada Mu semata
Sebelum jasad menjadi tanah
Hapuskan segala dosa
Disengaja atau tiada
Tuhanku ku pohon restu Mu
Perjuanganku hanya untuk Mu
Kusebut nama Mu Allahhu Akbar
Ku harap hidayah dari Mu
Dalam menempuh jalan hidupku
Cintaku hanya untuk Mu
Kebahagiaan yang ku harapkan